nuffnang ads

teMan setiA awAnsikeCIL

' Wahai Adamku '


insyaAllah,
bakal suamiku insan yg bertaqwa kpd Allah yg menghabiskan :
1/3 hari untuk mencari rezeki dan nafkah keluarga
1/3 hari berehat bersama keluarga
1/3 lagi beribadah kepada Allah
insyaAllah,


Buat bakal suamiku,


aku wanita biasa yg inginkan pembimbing dikala aku terleka,
tetapi aku wanita yg sering mendambakan cintamu setulus cinta Rasulullah kpd isterinya Khadijah,
aku mungkin serba kekurangan,
oleh itu aku menantikan kehadiran dirimu melengakapkan sebahagian dari hidupku yg memerlukan pelengkap sepertimu.
kerna fitrah kaum hawa memerlukan adam untuk mendampingi dan menyayangi dirinya serta melengkapi sebahagian dari hidupnya,


Wahai Adam,
mampukah kau mendengar rintihanku dikala aku terluka,
bersama menenangkan perasaanku dikala aku resah dan gundah,
bisakah kau mengalunkan ayat suci Al-Quran dikala aku buntu dan putus asa,
bisakah kau menenagkanku dengan hal perihal agama,
sanggupkan kau menjadi insan yg dicintai Allah utk aku mencintai dirimu kerana Allah semata,


sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,


'aku mencintaimu kerana Allah'
'hilang cintamu pada Maha Pencipta'
'maka hilanglah cintaku padamu Sang Pujangga'


Buat Adam yg menanti diriku,


aku sering memohon kepada Allah agar dirimu seorang yg teguh pada agama,
tegas dirimu membela syariat malah gagah dirimu sentiasa bersedia memperjuang demi islam tercinta,
aku tidak mendambakan si adam yg tampan bergaya,
yang mampu memikat hati semua gadis gadis diluar sana,
cukuplah dia sekadar sedap dipandang mata kerana sifatnya yg beribawa,


sesungguhnya aku tdk mendambakan adam yang mampu memberikan aku 
kemewahan melimpah ruah,
bersyukurlah aku dengan hasil usaha yg diperoleh dari titik peluhnya sendiri,
aku tidak meminta kau melamarku dengan intan permata,
cukuplah sekadar akad dan sumpah setia,


malah aku bermohon agar adamku itu ikhlas menerimaku hingga ke hujung nyawanya,
bersama aku diwaktu senang dan waktu dukanya,
melengkapi diriku sebagaimana akanku melengkapkan hidupnya kelak..


kerana aku.. pasti bersamanya sehingga ke akhir nyawa..
kerana aku.. pasti setia hanya padanya..
kerana aku.. rela mempertaruhkan nyawaku untuk kebahgiaan dirinya dan keluarga..
kerana aku.. rela syahid demi agama dan keluarga..


Adamku, hawamu mengharapkan cukup sekadar kau melakukan yg terbaik ..


nurkilan ini hasil dari lubuk hati, Anna sendiri. Allahua'lam. jazakillah .. :))











4 ulasan:

_virus s0pan_ berkata...

Assalamualaikum w.b.t

eyya!!!remember me?..a3,teruskan penulisan ok..
gotta b good~

Anna Aziz berkata...

waalaikumussalam , of course la rozel. rendu la ko weh. rendu kwn2 matri sume :( insyaAllah selagi mampu berkarya. hehe

jan.naimah berkata...

huhuhu....insyaallah (:

Anna Aziz berkata...

amin :)