nuffnang ads

teMan setiA awAnsikeCIL

Fadhilat Solat Dhuha


Mungkin ramai yang tahu akan adanya ibadat solat sunat dhuha ini tapi seramai mana yang mengamalkan solat dhuha nie ? okay bagi yang tak tahu mari Anna ajar tentang solat dhuha ni and bagi yang dah tahu jom baca apa fadhilat yang korang boleh dapat dengan mengerjakan ibdat solat dhuha ni. Andai korang tahu betapa hebat fadhilat yang Allah kurniakan dlm solat ni mesti semua orang takkan tinggal solat ni walau sehari pun. Tapi jangan pulak solat dhuha je solat fardhu lebur okey . Mana boleh gitu. Kalau kata cinta pada Allah kena la selalu rindu untuk menghadapNya  ;)

Okay so untuk pengetahuan korang solat dhuha ni boleh dilakukan pada ketika matahari sedang naik anggaran masanya ialah pada jam seawal 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Solat sunat dhuha ni bole dibuat sama ada dalam 2 rakaat atau 4, 6 ,8 , 10 atau 12 rakaat setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga 4 rakaat satu salam . Selalunya Anna buat setiap 2 rakaat dua salam .

NIAT
" SAHAJA AKU SOLAT SUNAT DHUHA DUA RAKAAT KERANA ALLAH TAALA "

BACAAN RAKAAT PERTAMA
AL-FATIHAH & AS-SYAM

BACAAN RAKAAT KEDUA
AL-FATIHAH & AD-DHUHA

SELEPAS MEMBERI SALAM BOLEH BACA DOA NI
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

FADHILAT
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى
” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud)
  • DIAMPUNKAN DOSA WALAU SELUAS LAUTAN
  • DIBUKA PINTU REZEKI SELUASNYA
  • MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH
  • GANJARAN PAHALA YANG TIDAK TERKIRA
  • MENDAPAT KETENANGAN DALAM URUSAN DUNIA
  • DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN

INSYAALLAH , KUN FA YA KUN
" BILA ALLAH MENGKEHENDAKI SESUATU TIADA SUATU TANGAN PUN MAMPU MENGHALANG "

SEKIAN , WASSALAM ALAIK
THANKS READING !

4 ulasan:

sofiarti oktarina berkata...

nice entry :)

Anna Aziz berkata...

thanks dear :)

Tanpa Nama berkata...

terima kasih sbb entry ni mengingatkan saya byk kelebihan solat sunat dhuha dn saya juga kena kembali buat solat dhuha :)

Anna Aziz berkata...

yup dear. sama sama kita istiqamah dlm beribadat tauu <3