nuffnang ads

teMan setiA awAnsikeCIL

Dosa dengan Allah kita boleh minta ampun . tapi DOSA dengan manusia mcm mana pulak ?









Tak salah kita nk UPDATE status kt FB,tapi kalu sampai memaki hamun dan menjatuhkan maruah org lain itu BERDOSA namanya.. INGAT kawan2, dosa dengan ALLAH kita boleh minta ampun,tapi DOSA sesama manusia kita PERLU mnta maaf... -selami hati,tanya iman- by Ibnu Hussin ;) 

Tadi on9 je ternampak status ni keluar kat news feed and ada gak status yang sewaktu dengannya oleh friend lain dalam facebook ni tapi yang ni berkaitan agama so ini lebih penting dari selainnya apapun kita amik pengajaran dari petikan diatas okay. Status yang kat atas tu dari Ibnu Hussin kawan sekelas Anna gak . So syukran kawan sebab saling ingatkan. Dengan berbesar hati aku share kat blog neh supaya kita saling ingat-mengingati.

So minta maaf lah salah silap terkasar tak kena tempat ke apa kalau ada la. hehehe. Apapun kawan , jgn selalu tunding jari kat orang tanpa lihat kelemahan diri sendiri juga. Manusia bukan maksum tak buat dosa yang penting perubahan kearah lebih baik tu yang Allah pandang. Tak perlu jadi mulia dimata manusia semata kan. Muhasabah bersama kawan-kawan . Kalau ada apa-apa tak puas hati kan bagus lau bincang baik-baik . Untuk apa kita maki-mak sound-sound orang kat fb ni. Tak dapat apa-apa kita cuma akan sakitkan hati kita sendiri dan neraca dosa pun bertambah. Ya Allah tahu tak azab Allah tu Maha Dasyat. Jangan sesekali kita sengaja menyakiti hati orang lain. Yela, kadang-kadang 
luka ditangan nampak berdarah LUKA DIHATI ALLAH YANG TAHU
kita tak tahu kalau ada orang yang tersinggung dengan percakapan kita . Ungkapan maaf tu cukup untuk meredakan api kemarahan bagi mereka yang benar-benar beriman dengan Al-Quran dan Sunnah. Tiada satu manusia pun tiada keburukan dalam diri mereka jadi kita sesama sendiri kena saling melengkapkan dan saling ingat mengingati. Bukan benci-membenci :)

Kalau rasa ada buat salah dekat orang tu cepat-cepatlah minta maaf tapi khilaf manusia kadang-kadang kita tak sedar silap kita mintalah keampunan dari Allah banyak-banyak supaya andai kita ada sakitkan hati sesiapa orang tu terbuka hati untuk maafkan kita kan. Tapi bagi yang sedar akan kesilapan mereka and dah memohon maaf cukuplah sekadar itu, Allah Maha Tahu setiap apa yang tersirat dihati kita. Manusia boleh judge orang macam-macam tanpa fikir , tanpa selidik .. tapi sebagai orang yang berakal dan berilmu atasi semua tu dengan ilmu yang ada bukan emosi semata-mata ea . Jangan terlalu cepat salah faham dengan kebaikan yang orang buat pada kita. Percakapan menunjukkan kelemahan juga kelebihan diri kita sendiri. Tutuplah aib sendiri jangan berbangga dengan keaiban kerana Allah juga menjaga aib kita .

People do mistakes but the one who gave an appology is the one whom got my respected

Lastly, kalau rasa x bole nak go on with friendship dengan somebody tu just doakan la dy berubah kearah lebih baik . Give some support dari jauh pun takpe . Kalau tak mampu macam tu sakit hati sangat ke dengan what happen semua tu just anggap je dy tak pernah wujud dalam kamus hidup korang semua. Teruskan hidup macam biasa dengan lebih tenang . Sebab kita berhak memilih dengan siapa kita nak berkawan. Kadang-kadang kawan tu lambang peribadi kita juga. Bukan bermakna tak boleh kawan dengan orang yang jahil agama tapi kalau kita berkawan and tak mampu bimbing dy tambah pula kalau risau akan terikut benda yang dilarang agama. Jangan pula berkawan tu yang salah pun kita sokong. 
SAYANG kawan TEGUR-TEGURKAN. :)

HADIS / FIRMAN ALLAH TENTANG SAHABAT

"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad) 

(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67) 

"Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat." (Al-Mustadrak ala al Sahihain) 

"Jangan bersahabat kecuali dengan orang Mukmin." [Riwayat Abu Daud)

"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud) 

"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah." (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr) 

Akhir sekali anna nak akhiri dengan hadis ni ..

“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)” (Riwayat Ahmad)

. Sungguh teguran ini untuk kesedaran bersama . Mustahil aku tidak punya khilaf . Tapi aku melakukan apa sahaja demi rasa sayang ini pada muslimin muslimat . Juga dakwah juga demi deen , ISLAM . Maafkan segala apa yang salah . :) UKHWAHFILLAH.

 
moga bersama berusaha menuju jannah , Firdausi .
( anna nak yg duk tgh tgh tu aw kowg pilh lain :P )
WASSALAM.

thanks for reading !




Tiada ulasan: