Selamat Ulang Tahun , Cinta .
Kata orang , cinta itu buta lagi membutakan . Namun kata hati , cinta itu tidak pernah buta tetapi hanya khilaf diri menjadikan kita buta kerana cinta . Nauzubillah . Tapi apa pula kata Allah ? cinta itu fitrah namun jangan jadikan ia fitnah .
.... Oleh itu awak ... saya harap nama awak berada di Luh Mahfuz untuk sayasaya harap Allah jaga rasa cinta ini sehingga lafaz akad nantisaya harap saya dan awak berusaha mengejar erti kata TAQWA yang sebenarSaya harap cinta ini bukan sekadar cinta didunia tapi atas dasar fitrah cinta ini kita berusaha mencari redhaNya
.. Awak yang mempunyai tempat dihati saya ..
Saya memang tidak sehebat para muslimah solehah diluar sana untuk meraih cinta sang pujangga yang berjihad dimedan perang memperjuangkan islam. Sungguh , Saya juga tidak mungkin menjadi sehebat ummul mu'minin cintanya kepada Allah teguh dan tidak pernah rapuh walau sedikit ujian melanda. Saya cuma insan biasa yang sedang berusaha mengejar nikmat disyurga walaupun saya rasa masih tidak layak untuk mengatur walau setapak langkah ini kesana. Hinanya sebagai hamba Allah tak pernah hilang dalam diri. Saya insan biasa yang tidak pernah lari dari khilaf dan dosa. Moga pertemuan dan perpisahan semuanya kerana Allah. Kerana tanpa izin Allah, tidak ada satu perkara pun akan terjadi dengan sendiri. Ikhlasnya hati ini dalam menyayangi hanya Allah je tahu. Moga Allah pelihara rasa ini sehingga digerbang pernikahan. Sehingga awak menjadi yang halal untuk saya dan saya menjadi yang halal untuk awak suatu hari nanti. Namun, perancangan Allah itu lebih sempurna setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Yakinlah andai suatu hari bukan saya yang bakal menjadi pendidik anak-anak awak pasti Allah akan menghantar seseorang yang lebih layak berada tempat dihati awak.
Kehidupan ini terlalu banyak rahsia .Setiap rahsia itu dipegang oleh Allah.Kerana itu kita harus sentiasa berusaha menggapai cinta Allah.Agar rasa kasih ini lebih subur semata-mata kerana Allah .
TIADA YANG LEBIH MEMBAHAGIAKAN DARIPADA MELETAKKAN SEPENUH HARAPAN KEPADA ALLAH , PEMILIK HATI-HATI MANUSIA :)
SUNGGUH , tidak dapat dilawan fitrah naluri ingin dicintai dan mencintai .NAMUN , sebesar mana cinta saya pada awak .BESAR LAGI , cinta saya pada Allah .
Andai benar awak cintakan saya . Carilah cinta Allah sedalamnya .Terpeliharanya cinta maka kekallah hingga syurga.INSYAALLAH
Muqaddimah yang terlalu panjang ni ikhlas dari saya untuk awak .
" SELAMAT HARI JADI ""MOGA DIPANJANGKAN USIA""DIKASIHI ALLAH DAN MENJADI INSAN YANG DIKAGUMI ALLAH"
:: berbezanya seorang individu dengan individu yang lain adalah amal ibadat dan iman mereka::moga kita mempunyai tempat disisi Alah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan