nuffnang ads

teMan setiA awAnsikeCIL

Wedding Of The Year

Bismillahirahmanirrahim

Wedding of the year katanya..

Lama menghilang.. tup2.. kahwin dah? Hehe.. alhamdulillah.. maaf buat follower2 blogger2 atas kehilangan beta setahun dua ni.. ( setahun dua sangat! )

However its.. alhamdulillah.. telah selamat menjadi zaujah kepada Encik Mohd Nasrullah pada 23hb Januari 2015. Kami mengikat tali pertunangan pada 14hb disember 2014..

PERSOALAN demi PERSOALAN datang masa wedding tu hari..
EHHH.. BILA MASA BERCINTA? semua terkejut. Macamana nak menjawab kalau kami sendiri sampai sekarang terkejut jugak? Haha. Okay get the point.

Kitorang member masa zaman poli.. duduk dalam satu organisasi.. tapi nak kata rapat jauh sekali... tidak kot? Haha. Dia hidup dia. Aku hidup aku. Tapi kami mula rapat sebagai sahabat dalam tempoh sebulan. Kemudian terus diusul untuk menjadi yang halal baginya.. Kisah yang singkat ini dibawa ke pengetahuan orang tua. Alhamdulillah sesi pengenalan keluarga Perak & Kelantan pun terjadilah pada bulan 10 yang lalu... Dan bulan 12 nya kami diikatkan dengan ikatan pertunangan secara senyap.. biasa2.. sesimple yang mungkin.. bersimpuh dilantai rumah sambil disarung cincin.. terus berbincang mengenai nikah.. dan alhamdulillah segalanya jadi mudah..  

Perasaan yang tak pernah terasa betapa indahnya takdir Tuhan.. sekelip mata bertunang... kemudian bernikah dengan sahabat yang kau x pernah jangka akan jadi suami kau.. ohhh kehidupan ! Hehe

Betapa besar rahmat Allah.
Tak kira sebanyak mana ujian Dia beri pada kita.
Kalau kita sentiasa berbalik padaNya.. serah seluruh jiwa padaNya..
Maka akhirnya adalah keindahan yang tidak disangka-sangka..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Alhamdulillah..
Atas segala rahmat keampunan yang Allah kurnia..

Doakan supaya rumah tangga kami dipenuhi sakinah mawaddah warahmah.. Moga dikurnia zuriat yang soleh solehah.. Semoga kami menjadi hamba yang taat pada yang Esa.. Inshaa Allah..

Akhir kalam.. syukran untuk semua yang datang majlis walimah di Ipoh... Dari Johor Kedah Penang Kelantan Perak Terengganu Kuala Lumpur Perlis.. ex2 classmates dari sekolah hingga poli.. Rakan2 laman sosial yang jauh2 dtg semata nak attend walimah.. syukran sangat.. rasa nak nangis terharu... dan maaf atas kekurangam dari segi layanan.. yang tak terlayan.. maaf zahir batin dari anna, suami dan keluarga...

So enjoy the photos of our Nikah Day..


ANNA ANNAAAAA... MAJLIS RESEPSI MACAMANA ? Wait my next update. Goodnight blogging world. Missing you so much. ♡

2 ulasan:

Hudzaifah Mohd Phuat berkata...

Tahniah anna!!! moga bahagia hingga ke jannatul firdaus

Linakhtar berkata...

Tahniah... Assalamualaikum salam perkenalan dari saya lina..