Alhamdulillah. Bermula tahun 2016 anna dah mula design shawl Anna sendiri yang berkonsepkan EXTRA LABUH & EXTRA UNIQUESNESS dimana shawl yang Anna keluarkan ini merupakan shawl bertali dibahagian muka bagi memudahkan para muslimah kita untuk menggayakan shawl tanpa menggunakan pin dibahagian muka. Salah satu sebabnya adalah untuk mengelakkan shawl mudah tercarik dan rosak.
Jadinyaaaaa.. disebabkan Anna seorang yang sangat tak suka nampak shawl carik-carik dan amatlah MALAS nak pin shawl tambah2 bila nak gayakan style 'pin bahagian belakang' MAKA terzahirlah shawl by Anna Aziz Signature ini.
So untuk sesiapa yang jenis mcm Anna boleh la try shawl ni.
Apa lagi yang best dengan shawl keluaran Anna ni ? Kain yang digunakan adalah jenis-jenis kain moss crepe custom made dan heavy chiffon yang empuk gebu dan disukai ramai. wahahaha. In addition, paling best kain yang digunakan TAK PANAS, TAK JARANG, EASY IRONING dan TAK MUDAH KEDUT.