lihatlah dunia papan kekunci kini boleh diguna dimana-mana hanya melekat diribaan anda sahaja tau.. cepat cakap fuyooo ! brrr . then one more korang boleh guna and control komputer korang sama ada dalam keadaan berdiri ataupun duduk kecuali dalam keadaan berbaring hanya yang bertangan panjang sahaja mampu. HAHA
Di Belanda , sepasang pereka menghasilkan satu set
jeans yang memberi makna baru kepada istilah
“komputer riba”. Jeans itu dikenali sebagai “Si Cantik
dan Gek” datang dengan fungsi keseluruhan papan
kekunci, tetikus dan pembesar suara yang
digabungkan di bahagian atas fabrik adalah idea
syarikat pereka Nieuwe Heren, yang diuruskan Erik de
Nijs dan Tim Smit. Pasangan itu menghasilkan seluar
panjang berkenaan dengan tangan dan direka bagi
memudahkan penggunanya bergerak ketika masih
berurusan dengan komputer. “Ia tidak berat,” kata de
Nijs kepada WebProNews. “Dengan papan kekunci
yang fleksibel, pembesar suara kecil dan tetikus kecil
, ia hanya berat sedikit berbanding jeans biasa anda,”
katanya. “Idea ini direka supaya anda boleh
menggunakan komputer tanpa perlu duduk di
persekitaran tertutup di sebalik meja anda,” katanya.
Jeans itu menampilkan gaya moden dan mempunyai
kocek belakang yang direka khas untuk memuatkan
tetikus yang menggunakan wayar elastik supaya ia
melekat. Ia dapat berhubung dengan komputer riba
melalui teknologi tanpa wayar di dalam peralatan USB
dan dijangka berada di pasaran pada harga 250
pound (RM1,250) - jika ia berjaya menembusi
pasaran. - Hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan