Mehnah Cinta Dari Illahi
satu hari aku mengutarakan kisah dukaku dengan kiasan hanya kerana inginkan dorongan dan semangat dan dikala itu juga akhi itu berkata padaku
" lain manusia lain pula mehnahnya "
tahukah bahawa mehnah itu merupakan taaruf cinta Allah pada kita ?
Nurkilan khusus buat ku, syukran jazilan khatiran, subhanallah indah bukan mehnah itu walau melukakan tapi Allah juga merawatnya yelah insan, hati ini milik Rabbi. Kesakitan utk mengejar redhaNya akan Allah gantikan dengan syurga :')
lalu aku bukakan mata ku seluasnya bersujud menyembah Rabbi saat aku jatuh tersungkur menyembah bumi. aku merasakan kasih dariNya. Mehnah ini kerana cintaNYa Rabbi padaku hambanya.
Aku tidak mahir berkata-kata pujangga tapi apa yg aku tahu mehnah ini Kerana bumi berputar pada paksinya, setiap isinya juga berdenyut dengan nama yg Maha Esa, maka aku juga sekadar hamba Dia, Allah Azawajalla. maka aku perlu mengikut rentak takdirnya. namun usahaku tetap bertambah kerana aku yakin takdir itu bisa diubah hanya kerana aku amat meyakini Allah Subhanallah Taala.
" Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib diri mereka sendiri "
tiada bahagia sebelum menempuh duka, bukan kah Allah itu suka menduga ?
tanda kasihnya Dia pada kita
Assalamualaikum, ikhlas dan tulus dari hati.
Anna, dambakan jannah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan