nuffnang ads

teMan setiA awAnsikeCIL

Alasan TETAP alasan


hasil dari pembacaanku di saat kesunyian....

by soleha rafiee "ya Allah,aku tak ingin sendiri"

antara sebab mengapa ramai remaja lebih memilih tuk terus berjalan sendirian 

1) masih terikat dengan "study"
 -takut perkahwinan akan mencorotkan prestasi pelajaran
 -takut mengganggu pencapaian masa depan
 -perkahwinan akan mencalonkan dirinya sebagai mahasiswa/wi yang gagal
[bujang: walaupun belum memegang sebarang tanggungjawab yang berat,masih juga tak boleh membahagi masa dengan baik..malah,masih juga corot dalam pelajaran..mengalami tekanan dengan pengajian..]
-->so,jangan menyalahkan perkahwinan akan menjadikan anda seorang yang gagal..! TETAPI, kamu tetap akan menjadi "student" yang cemerlang andai BIJAK MEMBAHAGI MASA untuk belajar dan berkerjaya(khas pada lelaki) meskipun sudah berumah tangga..

2) perkahwinan akan mengongkong kehidupan
 -"saya nak enjoy lah..nanti da belaki tak boleh nak bebas..nanti da ade bebini tak boleh nak lepak-lepak.."
 -bimbang akan peraturan rumah tangga
 -bila tanggungan sudah bertambah,letih nak kerja siang malam..

--> "bukan golonganku orang yang merasa khuatir akan terkongkong hidupnya kerana berkahwin kemudian tidak berkahwin.."(HR Thabrani)

3)belum bersedia untuk hal kewangan dan rezeki
 -majoriti kaum adam akan berfikiran bahawa harus bersedia kewangan dan harta benda jika ingin membina masjid
 -sanggup menolak perkahwinan mentah-mentah kerana belum ada rumah yang mewah,sebiji kereta,jawatan yang bagus..
 -logik akal,ada benarnya apa yang kaum adam fikirkan..TETAPI mengikut logik agama, bukankah Allah itu Maha Pemurah? Allah akan aturkan segala yang kita perlukan selagi mana kita berusaha ke arah sana iaitu dengan mengumpul potensi diri dan mengasahnya menjadi kemampuan pribadi

--> rezeki yang sedikit akan dicukupkan oleh Allah andai kita bersyukur dan terus berikhtiar.
 "dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang patut menikah daripada hamba sahayamu yang perempuan. jika mereka miskin,Allah akan memapukannya dengan kurniaanNya.dan Allah Maha luas pemberianNya lagi Maha Mengetahui.."(an:Nur,32)

4) belum ada yang sesuai
 -keinginan yang terlalu melampau(mustahil untuk mendapatkan)
 -ciri-ciri calon yang disenaraikan tidak sebanding dengan diri sendiri
 -hasutan dari individu tertentu sehingga sukar mencari yang sesuai

-->imam Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda:
"barangsiapa menikahi wanita kerana kehormatannya,maka Allah hanya akan menambah kehinaan..barangsiapa yang menikah kerana hartanya,maka Allah tidak akan menambah kecuali kefakiran,barangsiapa yang menikahi wanita kerana kemuliaanya,maka Allah akan menambah kerendahan dan barangsiapa yang menikahi wanita kerana ingin menutup kehormatannya(pandangan),membentengi farji(kemaluan)nya dan mempererat persaudaraan,maka Allah akan memberi keberkatanNya kepada suami isteri tersebut.." 

penampilan juga perlu..."kahwinilah perempuan yang subur dan pencinta" (HR Abu Daud)

5) larangan daripada ibu bapa dan keluarga
 -ingin membantu ibubapa,harus menyelesaikan pelajaran dahulu lalu mendapatkan jawatan dan pangkat yang baik

--> ibu bapa dan keluarga juga adalah manusia..harus difikirkan solusi yang baik bagaimana caranya mengubah larangan kepada galakan..setelah itu,mohon pada Pemilik Hati supaya Dia boleh melembutkan hati mereka untuk merestui keinginan kalian..

"dan katakanlah kepada keduanya dengan perkataan yang mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih-sayang.dan katakanlah,"wahai Rabb-ku sayangilah keduanya sebagaimana keduanya menyayangiku di waktu kecilku.."(al-Israa',24)

dan sebab-sebab yang lain,seperti:
-tingginya mahar(mas kahwin)
-keinginan perkahwinan yang glamour dan mewah
-memandang negatif institusi perkahwinan
-pernah "diriject" pada masa lalu

pernahkah anda terfikir akan kesannya jika institusi perkahwinan yang juga merupakan sunnah baginda rasulullah ini jika dipersulitkan dengan ALASAN REMEH boleh menghancurkan keimanan,ketakwaan dalam diri anda..?? mengapa..?? 
1) boleh menghilangkan perasaan malu dan merosakkan maruah anda
2)bertambahnya gejala seks bebas dikalangan remaja 
3)pembuangan bayi(luar nikah) semakin bertambah
4)bercinta sehingga hanyut dalam keinginan masing-masing

kesimpulannya, perbanyakkan doa untuk mendapatkan pasangan yang terbaik bagi Allah untuk anda..sebagai kaum hawa,anda bukan hanya bertindak pasif menunggu si kumbang datang melamar anda,cubalah untuk menjadi yang terbaik agar mendapat yang terbaik,aktifkan lah dirimu untuk menimba ilmu sedalam mungkin bukan menghabiskan masa anda dengan angan-angan yang kosong dan tipu belaka..ANDAI SI DIA TIDAK ANDA DAPATKAN DI DUNIA INI,YAKINLAH SI DIA SEDANG MENANTI ADA DI TAMAN FIRDAUSI..tambahkan amalan baik,kuatkan amal ibadah dan selamat menghayati erti anda dilahirkan di dunia ini... ^__^

* note ni diberi oleh sahibah saya, dari sekolah lama, maahad attarbiyah al- islamiyah perlis. soleha rafiee :)
syukran ukhti :) moga kita semua dipelihara Allah dan dirahmati , amin

Tiada ulasan: