nuffnang ads

teMan setiA awAnsikeCIL

Hukum Memakai Braces



 

GIGI ooohhh GIGI
Bab braces nie tibe - tibe muncul dalam otak kecil aku ney untuk update kat blog omeyomey ney . ahak. ##omey ke pongg . ( angguk cepatttt ) hewwwwheww . Beberapa hari lepas anna sakit gigi aw siap kena cabut lagi gigi geraham bongsu uh .. nasebb gigi rabbit saya tak kena juga semua sebab eskem yang sedap tu . Hari- hari wa makan luuu paling kurang satu tu sebab gigi wa jadi gini . Ya Allah sampai hari ni sakit . sabooo jeleer puasa eskem seminggu erk . hahak. 

So tadi search punya search banyak pendapat pasal braces yang anna dapat tau and nak share ngn korang . Lau tamao baca dah dah gi sane jauh jauh . herherher :P

Imam Nawawi menegaskan dalam menjelaskan hadith yang bermaksud, 
"perempuan-perempuan yang menjarangkan gigi dengan tujuan kelihatan cantik". Menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perbuatan tersebut untuk tujuan kecantikan semata-mata.

Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya maka diharuskan.(Syarah Sahih Muslim-Kitab al-Libas Wa-al-Zinah ). 

Jelaslah bahawa pendakap gigi (braces) tidak termasuk dalam mengubah gigi yang dilaknat Allah dan Rasulnya, kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah secara sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi.Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatangkan kesakitan pada fizikal tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain. 

  "Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah." 
(Riwayat Bukhari dan Muslim) 

“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. 
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.) 

Kesimpulannya kat sini sesiapa yang menggunakan braces hanya untuk tujuan menjadi cantik sema-mata maka hukumnya adalah haram namum bagi yang memakai braces kerana ingin merawat kecacatan gigi dan agar terhindar dari hinaan masyarakat kerana masalah kecacatan gigi yang teruk seperti jongang rongak rongok dan lain-lain adalah diharuskan . Ohh tak jadilah saya nak pakai braces. he . he . he

THANKS READING 
AND
SELAMAT BERAMAL . XOXO
Booboiii , wassalam .

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

klu x jongang xley pakai la mksudnya.klu jongang ley pakai,,kurang paham..:)

Anna Aziz berkata...

haa yang penting bukan tujuan untuk mencantikkan semata :)

Unknown berkata...

klau gigi palsu. x pkai x nmpl cantik. tpi klau pkai untuk nmpk cantik mcm mne pula.