nuffnang ads

teMan setiA awAnsikeCIL

Ciri-ciri lelaki idaman ?







Kekal mencintai itu bukannya mudah.
Memerlukan asas yang kuat dan utuh.
Perlu matlamat yang jelas dan cerah.
Kerana percintaan bukan hingga ke hari perkahwinan semata-mata,
tetapi perlu berlangsung sepanjang hari-hari rumahtangga kita.

Maka cinta tanpa asas yang kukuh,
akan rapuh,
lalu rumahtangga akan runtuh.

-------------------------------------------
Pencinta yang sebenar,
akan berusaha membawa apa yang dicintainya ke syurga sana.

Ehem ehem, MUQADDIMAH guna ayat akhi Hilal, kenapa kenapa .. sebab dia bukan sahaja senior di Matri dulu tapi akhi Hilal antara contoh yang selalu anna tengok and take note semua pendapat and ilmu yang dia sampaikan dalam bidang penulisan.

Btw, amacam rindu ta berkurun lama ta update blog, eheh, maklumlah mood ta menentu.
malas nak update time jiwa kacau nanti mula la nak tulis tu ayat geli-geli je kan. haha. whatever, fuhhh.
dimalam yang best ni, ditemani awan tanpa bintang, mybe bintang akan muncul sejurus habis menulis ni, Amin. Bila cakap pasal jodoh, pasal ciri-ciri lelaki idaman, ataupun ciri-ciri wanita pilihan semua orang akan bukak senarai wishlist yang berjela-jela. Alamakk.. yang macam titah raja-raja keluar kertas panjang zaman tok kaduk dulu-dulu tu. hah.. betul takk..

Tentang jodoh..

Tak kesah la pilihan korang sendiri atau piihan keluarga.. takde salah pun. Cuma the way korang jaga rasa cinta korang tu.. should be in the right way, sure . And of course tade apa salah pun kalau ada yang rasa tanak la bercinta bagai, serahkan perasaan pada yang bukan hak.. nanti tade jodoh cmne.. haa.. kan perit. Oh ye sangat perit .( nasihat ni ) . whatever it is . if korang nak ikut pilihan mak ayah pun ta salah pun korang still bole buat wishlist macam biasa. Heh .. orang nak pergi interview pun kena ada kriteria yang tepat baru LULUS okess.

But, pada anna kan .. ciri-ciri untuk anna mudah je .. sebelum ni ta penah nak share pun dengan orang tapi tapela hope korang pun boleh ambik ciri ciri ni.. Here it is ..

Ta ensem Ta kesah pun :)
Ta tough Ta kesah pun =)
Ta pandai nyanyi Ta kesah pun ;)
Ta kaya Ta kesah pun :)

. Sebabnya . . . .

Kalau ensem kat mata manusia semata pun tade guna nanti kena kebas cmne. ( haha )
Kalau tough tapi pengecut pun tade guna tetap ta mampu melindungi. ( women need defender pls take note )
Kalau pandai nyanyi ta pandai ngaji pun tade guna sape nak tolong sama-sama didik anak nanti. ( think )
Kalau kaya pun tapi hidup ta bahagia ta berkat ta guna juga kan .. ( duit bole cari )

TAPI ! Kalau tade agama tu anna sangat sangat KESAHHH.....

. Sebabnya . . . .

Bila seseorang tu faham agama dia akan faham apa erti cinta dalam erti kata sebenar. 
" Cinta tu bersama-sama memimpin mengejar syurga dan apa-apa yang membawa kita hampir dengan neraka itu bukan cinta namanya " - Akhi Hilal Asyraf.

Jadi konklusinya bila kita mencintai seseorang yang mempunyai asas agama maka bahagia tu tetap akan jadi milik kita. Dimana dia akan bawa kita dekat dengan Maha Pencipta. Tidak meninggalkan kita dibelakang malah ingin kita berada dihadapan supaya kita merasai bahagia dan tenangnya perasaan mencintai dan dicintai kerana Allah. Seseorang yang punya agama didalam diri akan jadi seorang pendamping yang baik, pendamping yang setia, pendamping yang jujur, dan juga ikhlas mencintai kita sebagai 'hak' nya kelak.

. Sebabnya . . . .

Mereka yang faham agama akan berpegang pada prinsip
" Isteri, Anak, Dan Keluarga adalah AMANAH dari Allah s.w.t "

:) Tapi apa pun kena ingat jugak, Allah menjanjikan " Lelaki yang baik untuk wanita yang baik "
:) Berusaha dulu jangan sekadar mengharap kerana janji Allah tu pasti akan tertunai cuma kita kena laksanakan tanggungjawab kita terlebih dahulu. Eh, macam korang la kalau nak makan korang akan pilih makanan yang korang suka kann. Kalau makan eskrem rasa manis kalau makan peria rasa pahit kan. haa. korang takkan makan apa korang ta suka right.. mcm tu juga diri kita. kalau kita pilih kemanisan kita buat la perkara yang boleh buat kita capai kemanisan tu. mcm tu juga sebaliknya. kalau kita tanak rasa kepahitan jangan la pilih jalan yang salah..

Tapi.. jangan tersilap juga.. sebab Allah tidak akan memberi tanpa kita berusaha. Kadang-kadang Allah timpakan ujian bertimpa-timpa sebab Dia nak duga tahap keimanan kita. Tahap kesabaran kita sebelum dia berikan kita seseorang yang betul-betul boleh bahagiakan kita. Cinta sejati itu sangat MAHAL DAN INDAH. Tak semua mampu memiliki kerana Tak semua sanggup berusaha melainkan hanya berkata-kata :) Dats all. If you love someone, tackle their parent, that will be easier :D

:: JODOH ADALAH RAHMAT DAN UJIAN DARI ALLAH ::
" SETIAP KEPAHITAN PASTI ADA KEMANISAN DIHUJUNGNYA " 


" Apabila Aku menguji hambaKu dengan membutakan kedua matanya dan dia bersabar maka Aku ganti kedua matanya dengan syurga. " Al-Hadis

Sungguh syurga itu teramat mahal nilainya, mendapatkan syurga juga bukan mudah, hopefully kita  dapat jodoh yang boleh bimbing menuju syurga Allah yang terlalu mahal tu. Allahumma Amin.



Thanks for reading, wassalam.




6 ulasan:

Aima M berkata...

suka entry ni.
mekaceh ^^
;)

hafizudin berkata...

=)

Unknown berkata...

senyum baca artikel ni...harap2 wanita di luar sana juga mengerti...

Mrs. Norrie berkata...

sgt suka enntry ini

salam ukhwah
blogwalking 31/5/2012

Tanpa Nama berkata...

go go go/...

Anna Aziz berkata...

i love this entry too. hehe
thanks reading !